Anda berada di: Laman Utama » Soalan Lazim (FAQ)
Soalan Lazim (FAQ) HaffiliatiON
- Apakah program affiliate?
Program affiliate merupakan rangkaian laman web (setiap laman web mempunyai ID affiliate sendiri) yang mengkomersilkan produk serta perkhidmatan sesebuah syarikat (syarikat affiliate) secara total atau secara separa. Para affiliate boleh mendaftar secara percuma dan mereka akan menerima komisen untuk setiap penjualan produk serta tindakan pengiklanan yang diambil untuk melariskan produk itu. - Bagaimanakah program ini berfungsi?
Mudah sahaja. Anda hanya perlu melakukan tiga langkah mudah berikut: 1. Letakkan capaian (link) yang merangkaikan laman web syarikat affiliate itu di laman web anda. 2. Pengunjung laman web anda akan klik pada capaian tersebut dan membeli produk kami. 3. Anda akan memperoleh wang pendapatan dalam bentuk komisen untuk setiap unit yang terjual. - Bagaimanakah caranya untuk saya mengetahui jumlah wang yang telah berjaya saya kumpulkan?
Kami menyediakan panel kawalan untuk setiap anggota affiliate kami yang membenarkan mereka daftar masuk (login) untuk menjejaki keadaan trafik yang merangkaikan pengunjung laman web mereka ke laman web kami secara 'real time' serta jumlah pengunjung tersebut yang membeli produk kami. Anggota affiliate bebas untuk login pada bila-bila masa sahaja dan hal ini membuktikan program affiliate kami ini telus 100%. - Berapakah kadar komisen yang ditawarkan?
Kadar komisen ditawarkan antara 35% hingga 65% bergantung kepada jenis produk yang dijual. - Berapa banyakkah bayaran yang dikenakan untuk menjadi anggota affiliate?
Percuma! Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai program ini. Anda cuma perlu meluangkan sedikit masa untuk mendaftar dengan kami dan meletakkan capaian (link) yang merangkaikan laman web anda ke laman web kami. - Berapa kerapkah akan saya terima pembayaran?
Sebulan sekali dalam masa sepuluh hari pertama setiap bulan. - Bagaimakah caranya untuk saya menjadikan laman web saya lebih menguntungkan?
Program affiliate kami memberi penekanan terhadap hubungan yang rapat antara klien dan kandungan laman web mereka. Oleh sebab itu, kami mampu menjejaki trafik secara terperinci sekaligus membolehkan kami mengatur langkah yang strategik untuk menjadikan laman web klien kami lebih menguntungkan. Sila hubungi juruteknik kami yang sedia membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Adakah pengetahuan komputer diperlukan untuk menjadi anggota affiliate?
Tidak, sistem kami amat mudah. Anda hanya perlu memiliki pengetahuan asas komputer yang minimum untuk memperkenalkan banner, iklan atau artikel berkenaan produk kami di laman web anda. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan, hubungi kami dan kami sedia membantu anda. - Bolehkah saya menghantar emel "spam"?
Kami TIDAK sama sekali membenarkan sebarang emel "spam" dihantar dengan domain Haffiliation.com atau mana-mana laman web yang berkaitan dengan program affiliate ini. Jika anda inginkan maklumat lanjut tentang teknik pemasaran yang "kreatif", sila hubungi pihak kami terlebih dahulu untuk mengetahui cara untuk menyalurkan trafik. - Bolehkah saya mendapatkan contoh produk secara percuma apabila saya menjadi anggota affiliate?
Kami dengan sukacitanya akan menghantarkan contoh produk secara percuma kepada anda apabila angka penjualan anda melebihi 40 unit. - Perlukah saya mendaftarkan setiap laman web yang saya letakkan capaian (link)?
Tidak perlu, tetapi sekiranya anda mendaftarkan lelaman tersebut kami mungkin dapat membantu anda untuk memperoleh keuntungan menerusi lelaman tersebut. - Bolehkah saya mencipta banner saya sendiri untuk mempromosikan laman web anda?
Sudah tentu, yang penting anda tahu cara untuk meletakkan capaian ke laman web kami dengan betul. - Bagaimanakah caranya untuk mengetahui para pelanggan saya akan berpuas hati dengan produk anda?
Haffiliation mempunyai banyak kelebihan. Salah satu daripada kelebihan itu ialah produk berkualiti tinggi yang kami jual ini semuanya sudahpun menerima pengesahan. Selain itu, produk yang kami jual ini kami hasilkan sendiri supaya anda dapat pastikan para pelanggan anda benar-benar berpuas hati. - Bagaimanakah caranya untuk pelanggan membuat pembayaran?
Pelanggan boleh membuat pembayaran melalui Paypal ataupun kad kredit utama seperti Visa, Master Card dan American Express. - Adakah anda menghantar kiriman ke serata dunia?
Ya, kami menghantar kiriman ke serata dunia.
Masih tidak berpuas hati? Hubungilah staf sokongan kami sekiranya pertanyaan anda masih belum terjawab dan kami dengan berbesar hati akan membantu anda.













