Berapakah jumlah pendapatan yang mampu saya peroleh?
Berapakah jumlah pendapatan yang mampu saya peroleh?
Itulah salah satu daripada soalan yang paling kerap ditanya. Jelasnya, memang sukar untuk kami menganggarkan dengan tepat jumlah pendapatan yang dapat dijana oleh seseorang ahli affiliate, namun anda harus sentiasa mengingati peraturan asas ini: lebih banyak usaha anda lakukan, lebih banyak keuntungan yang dapat anda peroleh.
Dengan memilih salah satu daripada banner kami dan meletakkan banner itu berserta capaian (link) di laman web anda, anda telahpun mengorak langkah pertama untuk menambahkan pendapatan sampingan dalam masa kurang daripada 10 minit. Sebagai usaha tambahan anda sendiri, anda bolehlah menulis artikel ringkas, perakuan peribadi ataupun membincangkan produk yang anda promosikan menerusi blog, chat atau webboard (jangan lupa 'link' kepada kami). Dengan cara ini, barangsiapa yang melawat laman web kami akan berasa lebih yakin dan berminat untuk membeli produk tersebut. Misi sebenar seorang anggota program affiliate adalah untuk mem'pra-jual' produk. Oleh sebab kami syarikat yang menjual sendiri produk itu, rekomendasi kami mungkin tidak mampu menambat hati para pelanggan prospektif ini. Sebaliknya, rekomendasi atau perakuan anda, di laman web anda, untuk pengunjung laman web anda sendiri mungkin lebih efektif dalam meyakinkan mereka sekaligus menjadikan mereka lebih tertarik oleh produk itu. Inilah yang dinamakan peraturan emas (golden rule) program pemasaran affiliate, yang membuktikan sistem penjualan seumpama ini benar-benar berkesan.
Jelasnya, lebih cekap anda menjalankan tugas pra-jual yang mudah ini, lebih lumayan ganjaran yang dapat anda peroleh.
Sebahagian daripada anggota affiliate kami sudahpun berhenti kerja supaya dapat meluangkan lebih masa untuk menyelenggarakan laman web mereka dan mempromosikan produk kami di rumah masing-masing.
Secara logiknya, bukan semua individu dapat mencapai tahap sukses sebegini (dan bukan jua sasaran tertinggi program affiliate ini) tetapi kebanyakan anggota affiliate kami berjaya mengumpul pendapatan antara 130 hingga 2,600 euro (sekitar RM 650 hingga 13,000) setiap bulan. Biarpun jumlah ini tidak cukup untuk menjadikan anda seorang jutawan (seperti dakwaan palsu kebanyakan program affiliate yang lain), setidak-tidaknya pendapatan sampingan ini dapat membantu anda menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Kami di HaffiliatiON mempunyai formula untuk mengira jumlah pendapatan yang mampu anda peroleh:
P = T E r2
P untuk Profit (Keuntungan): keuntungan yang mampu anda peroleh
T untuk Traffic (Trafik): jumlah pengunjung yang melayari laman web anda setiap hari
E untuk Effort (Usaha): ini termasuklah masa dan daya usaha anda sendiri dalam apa jua bentuk pelaburan seperti penulisan artikel, penjejakan penjualan, pengiklanan, dsb.
r untuk Content Relation (Hubung Kait Kandungan): hubung kait antara kandungan laman web anda dengan produk yang anda promosikan. Hubungan antara kedua-dua faktor ini sangat penting.
Apabila kami menyebut tentang trafik, kami bukan sahaja merujuk kepada kuantiti malahan kualiti juga. Laman web yang kerap dikunjungi remaja tidak akan mendatangkan banyak keuntungan berbanding laman web yang sering dikunjungi pengurus bank dengan kuasa membeli yang tinggi.
Hubung kait kandungan laman web dengan produk yang dipromosikan adalah amat penting. Jika anda mempunyai laman web tentang perkebunan dan anda meletakkan banner iklan mempromosikan produk bola sepak, pengunjung barangkali tidak akan klik pada banner itu dan natijahnya penjualan sukar untuk dicapai. Dalam kes ini, r = 0.
Sebaliknya jika laman web anda membincangkan perkebunan dan anda meletakkan banner mempromosikan peralatan menyiram air, sudah pasti ini akan menarik perhatian banyak pengunjung web; mereka akan klik pada banner itu dan berkemungkinan besar mereka membeli produk tersebut sekaligus menambah pendapatan komisen anda. Dalam kes ini, r = 100.
Namun begitu, sesetengah webmaster yang pakar tahu akan cara untuk meningkatkan nilai r ini. Sebagai contoh, menggunakan contoh laman web tentang perkebunan sebentar tadi, anda mungkin menulis satu artikel tentang jenis rumput yang ideal untuk ditanam di stadium bola sepak dan jenis bola yang paling sesuai untuk dimain di atas padang rumput. Pada penghujung artikel itu, anda mungkin mencadangkan idea berikut: sekiranya anda berhasrat untuk mendirikan kebun yang juga boleh dijadikan tempat bermain bola sepak, jangan lupa untuk mendapatkan “foo-bar footballâ€
Sememangnya ini contoh rekaan yang dibuat-buat. Untuk laman web tentang perkebunan, terdapat banyak program affiliate di pasaran yang lebih relevan kepada perkebunan daripada bola sepak. Tetapi cuba bayangkan sejenak, untuk setiap bola yang anda jual, anda akan mendapat komisen 100 euro (RM 500). Tidakkah berbaloi mencuba nasib dengan menulis artikel seumpama itu? Anda juga mungkin mampu menjual bola lebih daripada yang dijangka. Lagipun, dengan berbuat demikian, anda bukan sahaja dapat menambahkan kandungan laman web anda malah anda juga membuka peluang untuk meraih lebih banyak pendapatan pada masa yang sama.
Proses ini mungkin nampak rumit pada mulanya tetapi usah bimbang, kami akan sentiasa membantu anda dalam urusan pemasaran dan menjadikan pengunjung laman web anda punca pendapatan untuk anda.
Setiap bulan kami akan mendepositkan ke akaun bank anda segala komisen yang dijana oleh trafik yang diarahkan dari laman web anda sepanjang bulan yang sebelumnya. Anda boleh menyemak secara 'real time' jumlah pendapatan anda menerusi panel kawalan yang kami sediakan untuk setiap ahli affiliate kami. Selain itu, kami juga menyediakan statistik terperinci tentang produk yang paling laris dijual serta maklumat laman web sekali. Hal ini dapat membantu anda mengatur strategi untuk memaksimumkan keuntungan anda.
Proses penjejakan penjualan dan trafik secara terperinci memang agak memakan masa, tetapi setiap usaha anda pastinya akan diberikan ganjaran jua.
