Apakah HaffiliatiON?
Program-program affiliate
Program affiliate, alat pemasaran (marketing tool) online yang paling canggih dalam pasaran dewasa ini, merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk memperoleh keuntungan menerusi laman web anda.
Menerusi program affiliate, anda hanya perlu mengesyorkan kepada pengunjung laman web anda produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web lain untuk menambahkan wang pendapatan. Anda tidak perlu risau akan hal-hal urusniaga yang lain seperti pungutan pembayaran, penghantaran produk, hutang piutang, penipuan dsb. Anda cuma perlu meletakkan capaian (link) di laman web anda yang akan merangkaikan pengunjung laman web anda ke laman web program affiliate tersebut dan proses urusniaga selanjutnya akan dikelolakan sepenuhnya oleh syarikat program affiliate itu. Anda akan menerima komisen untuk setiap penjualan yang berjaya dibuat hasil daripada trafik yang dihantar dari laman web anda. Pengunjung laman web anda akan (1) melayari laman web anda. (2) Dari situ, mereka akan dibawa ke laman web kami (3), dan di sinilah produk kami mungkin akan dibeli mereka (4), dan jika pembelian itu dibuat, kami akan memberi anda komisen (5).
Mencari Program Affiliate yang terbaik
Untuk mengenal pasti sama ada sesuatu program affiliate itu berpotensi untuk menjana keuntungan yang dijangkakan, anda perlu mengambil kira tiga faktor utama berikut: 1. Program affiliate itu mengesyorkan dan menjual produk yang berkualiti, 2. Rekaan laman web program itu haruslah kemas, ringkas, mesra pengguna serta disesuaikan mengikut bahasa, mata wang dan budaya pengunjung, 3. Syarat-syarat pengagihan keuntungan mestilah optimum.
Produk Yang Berkualiti
Sememangnya mudah untuk mendapat keuntungan dalam masa yang singkat dengan mempromosikan produk yang berkualiti rendah, namun ini bukanlah cara terbaik untuk menjana keuntungan jangka masa panjang yang tetap yang hanya mampu ditawarkan oleh program affiliate yang menjual produk berkualiti tinggi.
Rekaan laman web yang mesra pengguna
Mengarahkan trafik dari laman web anda ke laman web yang tidak mesra pengguna sememangnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan memandangkan laman web seumpama itu tidak cukup kompeten untuk menggalakkan penjualan produk.
Program affiliate yang sempurna akan cuba dengan sedaya upaya untuk menggalakkan penjualan dari trafik yang datang dari laman web anda dan ini akan membuahkan hasil komisen untuk anda. Pastikan anda memaksimumkan peluang yang ada dengan setiap trafik yang dihantar ke mana-mana laman web. Kami di HaffiliatiON mengambil berat tentang anggota affiliate kami dengan memantau setiap trafik yang dihantar ke laman web kami secara tetap. Menerusi sistem penjejakan trafik ini, kami berupaya untuk merumuskan strategi yang disesuaikan mengikut keperluan setiap anggota affiliate untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Syarat-Syarat Pengagihan Keuntungan Yang Optimum
Faktor terakhir ini semestinya tidak asing lagi di kalangan webmaster yang sudah biasa dengan dunia pemasaran affiliate. Sungguhpun begitu, terdapat banyak affiliate sambilan yang membazir masa dengan hanya mencari program yang menawarkan pulangan komisen yang tinggi dan ini bukanlah satu-satunya perkara yang perlu diberikan perhatian.
Selain menawarkan kadar pulangan komisen yang tinggi, program affiliate yang terbaik juga seharusnya mempunyai syarat-syarat pengagihan keuntungan yang optimum.
Pulangan keuntungan yang lebih tinggi dibayar secara tetap dan teratur, tempoh cookie yang lebih panjang
Ambang penjualan minimum yang lebih rendah
HaffiliatiON.com mampu menawarkan pengagihan keuntungan yang paling lumayan kerana satu sebab yang kukuh: kami tidak membeli produk yang kami jual, sebaliknya kami sendirilah yang menghasilkan produk tersebut. Ini bermakna kami mampu menawarkan kadar pulangan komisen yang lebih tinggi berbanding kos pembiayaan penghasilan produk yang lebih rendah.
Sentiasa ingat akan pesanan-pesanan di atas kerana pesanan-pesanan ini dapat membantu anda menentukan sama ada anda berjaya atau sekadar membazir masa.
